Wednesday, 21 December 2011

disebalik bunga ros




MERAH
Warna yang paling laku kat kedai bunga, ros merah melambangkan
 cinta abadi yang penuh romantis dan ghairah. Love is forever gitu. 
Tapi tahukah korang bunga ros merah juga melambangkan tanda 
terbukti keberanian dan sebagai tanda mengucapkan tahniah. Korang
 boleh gunakan bunga ros merah ni untuk membuatkan malam korang
 lebih hangat dan bernafsu~~~


PUTIH
Bunga ros putih melambangkan kesucian, kehormatan, privacy dan jugak 
tak bersalah.Bunga yang biasanya boleh dilihat waktu hari perkahwinan 
ini juga melambangkan yang pemberi bunga berwarna putih ini juga 
seorang yang berniat tulus ikhlas dalam perhubungan. Kalau nak beri aku 
bunga, sila beri bunga ni yek.

PINK
Bunga ros pink melambangkan korang gay. Tipu je. Ros pink membawa
 maksud romantik, kebahagiaan dan kagum terhadap seseorang. Kalau 
korang minat pada seseorang, korang boleh gunakan ros pink ni sebagai tanda 
yang korang ni merupakan secret admirer si dia. Kalau korang nak ucapkan terima 
kasih yang teramat sangat, ros pink ini juga pilihan yang tepat kerana melambangkan
 penghargaan dan terima kasih. Tapi bagi lelaki kalau nampak ada lelaki 
selit bunga ros pink kat poket baju dia, jauhlah dia yek. 


KUNING
Ros kuning boleh jadi ros paling dibenci kerana ianya melambangkan 
persahabatan. Jadi, kalau tak dapat ros merah, tapi dapat ros kuning, 
faham-fahamlah yek. Tabahkanlah hati tu, lepas tu korang balas kat 
si pemberi bunga ros kuning ni dengan bunga ros hitam, mesti dia gelabah.
 Sebab apa? Sila baca kat bawah. Selain tu, ros kuning ni melambangkan 
selamat datang/ welcome back dan juga sesuai untuk diberi kepada yang baru
bergelar ibu dan juga mereka yang bergraduasi. 

PEACH
Ros berwarna peach membawa maksud yang hampir sama dengan ros pink, 
iaitu melambangkan rasa syukur. Ia juga sesuai untuk diberi ketika 
menziarahi orang yang sakit sebagai tanda korang simpati terhadap dia. 
Tapi tak bagi kat orang sakit pun tak apa, bagi kat kawan-kawan korang
 yang tengah bersedih. Tunjukkan sikit rasa simpati tu.


ORANGE/JINGGA
Bak kata budak tadika, bunga yos oyen. Bunga yos oyen ni membawa maksud 
"aku bangga padamu" dan "aku ingin kamu". Warna yang hangat dan 
memberikan tenaga ini turut membawa maksud yang korang mengharapkan 
kebahagiaan dalam berpasangan. Happy ever after! Bunga ros yang
 membawa rasa kebanggaan dan bertenaga~~~

LAVENDER/UNGU
Selain warna merah, korang jugak boleh gunakan warna ungu ni sebagai
 tanda korang cinta. Tapi lebih kepada cinta pandang pertama.Ia membawa 
lambang kemegahan dan rasa cinta dalam hati yang nak tersembul keluar 
umpama pusat terjojol akibat dek tah tahan menanggung cinta.

 
BIRU&HITAM
Pernah nampak bunga ros warna ni? Hanya aku sorang je yang ada.Selepas aku 
celup dengan pen dakwat biru dan hitam. Sebenarnya, secara realitinya bunga 
ni tak wujud. Tapi sebab dengan adanya teknologi komputer, diorang edit warna 
jadi warna ni. Warna hitam mela
mbangkan kematian, kesedihan, dan selamat tinggal. Warna hitam jugak
 menunjukkan permulaan baru dalam hidup.Warna ros biru pulak melambangkan 
sesuatu yang tak tercapai atau mustahil. Jadi sila beri gambar bunga ros biru
 kepada orang yang tergila-gila pada korang tapi korang benci nak mamfus kat dia.

No comments:

Post a Comment