Wednesday 11 January 2012

HYE nie tipssss 4 rpt dgn seseorg

assalamualaikum bloggers !
tips to be share dengan korang hari ini ialah macam mana nak lebih rapat , 
mesra dengan seseorang yang baru kite kenal . 
since korang baru nak berkenalan dengan lebih rapat kan . 
please take note apa yang aku nak cakap ya ? ;) tips ini berjantina unisex .
 maknanya dua alam . akan tetapi aku merasakan yang penulisan aku ini 
lebih merujuk kepada lelaki . yelahh tak kan perempuan lak 
nak buka langkah dulu kan ? aiseyyman :)

1. jangan gelojoh atau terburu - buru
dalam dunia sekarang ni , ramai akan terburu - buru bila 
dah jatuh hati dekat 
seseorang . yela . takut kena sambar dengan orang lain . 
sampai masa , time itu  juga nak nombor handphone la . 
nak pm atau chat kat fb sampai lebam . 
untuk orang yang baru nak berkenalan dengan seseorang .
 please . jangan gelojoh tau . perempuan tak suka lah seseorang 
yang macam desperate je . kita mesti steady beb ! cool je :) 
nak minta nombor handphone adalah caranya . 
jangan sampai memaksa . gentleman la sikit . 
kenalkan diri kita dan cakaplah kita nak berkenalan . 
kalau dia sombong atau nak tak nak je layan . 
sendiri mau faham la kenapa . hahaha .

2. usik - usik sikit
huuu , usik - usik ni pun kenalah tengok kiri dan kanan dulu tau .
 jangan hentam keromo je . mana tahu ada orang tak boleh nak bawa gurau . 
dah jadi kes naya kan . elok dapat kawan , terus tak dapat . 
dah duduk tepi dinding menangis kecewa . haha . 
kalau macam tak ada idea nak usik apa kan . 
cuba cerita benda yang menarik perhatian atau ceritakan kisah kehidupan korang . 
mesti si dia macam nak sangat tahu kan . yelah . 
orang perempuan kan suka dengar cerita orang :D lepas itu kan ,
 buat lah unsur suspen yang melampau sampai diri si dia rasa excited sangat nak tahu .

3. pandai berkata - kata
haha . kebiasaan orang lelaki kan mesti gagal kat part ini . 
korang tahu tak , seakan mereka ni macam tak tahu nak cerita 
apa bila dah berjumpa dengan perempuan . 
kononnya lidah kelu seribu bahasa la kan ~ oleh itu korang kenalah
 pandai cari idea untuk memulakan perbualan . tak kan korang nak 
duduk keras je macam batu . contoh : kalau masa tu korang pergi 
playground makan aiskrim kan ,
korang cakaplah - ''ei , kenapa la kon aiskrim ni bentuk kon ? 
dah tu majoriti mesti warna cokelat je kan . mesti orang yang 
cipta kon aiskrim ni suka main pasir kan , sebab tu warna cokelat je 
kon aiskrim kat dunia ni . awak masa kecil suka main pasir tak ?
 " walaupun bunyi macam seakan merepek je , 
sekurangnya dari situ mesti akan ada wujudnya interaksi antara satu sama lain . mueheheh .

4. biar dia rindu
last tip macam ni la pula . biar sampai si dia rindu . hahaha . 
macam mana nak buat ya ? dalam kita nak berkenalan 
dengan lebih rapat dengan seseorang , mesti kita akan selalu 
berhubung . cuba nanti satu masa atau satu hari itu, korang tak 
berhubung dengan si dia langsung. lepas itu cuba tengok 
reaksi si dia . kalau si dia pun sama senyap , alamat bahaya la tu !
 maksudnya korang ini hanyalah insan biasa di hati si dia . 
tapi kalau si dia mencari mesti si dia rindu kan :D

so guys , keep on trying ! 

ini sahaja , 
thanks for reading :)

No comments:

Post a Comment